Rabu, 11 November 2015

PERTUBUHAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL ISLAM MALAYSIA (PAKIT)





PERTUBUHAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL ISLAM MALAYSIA (PAKIT)
PENDAHULUAN

Ibu tunggal merupakan golongan yang menjadi nadi dan tunggak dalam keluarga setelah kehilangan / kematian / ditinggalkan / tidak di beri nafkah oleh suami atau mempunyai hak penjagaan anak-anak sebagaimana yang diperintah oleh mahkamah.

Seorang ibu terpaksa memikul tanggungjawab yang berat apabila kaum bapa yang berperanan sebagai ketua dan nadi keluarga tiada di sisi, secara tidak lansung tugas ini              di ambil alih oleh seorang wanita yang lembut tetapi mempunyai hati yang kental dan semangat yang waja bagi meneruskan hidup.
Mereka bukan sahaja perlu mengurus keperluan keluarga seperti sebelumnya, malah perlu berusaha untuk memastikan kewangan keluarga kukuh, mentadbirnya dan juga memantau pembesaran, pendidikan dan pergerakan anak-anak. Pendek kata, apa sahaja urusan yang bersangkutan dengan keluarga, seratus peratus ditanggung oleh ibu tunggal.
Disini satu inisiatif di lakukan dimana satu pertubuhan di wujudkan bagi membantu para ibu tunggal terutama yang beragama islam menghulurkan bantuan di kalangan ahli-ahli PAKIT Malaysia.
MATLAMAT

Di atas rasa keperihatinan serta terdorong oleh perasaan ingin membantu disamping memperjuangkan nasib khususnya golongan ibu-ibu tunggal yang terpaksa memikul beban dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga demi menampung keperluan harian, maka tertubuhnya Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Islam Malaysia (PAKIT) ditubuhkan pada 6hb. Oktober.2008 dengan nombor pendaftaran 1729-08-WKL adalah merupakan satu badan NGO yang tidak berorientasikan keuntungan dan politik. 


Keanggotaan adalah terdiri dari berbagai peringkat dan masyarakat di seluruh Malaysia bersiap bersedia dengan satu misi membantu ibu tunggal yang amat memerlukan dan disamping berusaha menjaga kebajikan mereka.

Disinilah pihak Pakit Malaysia membantu golongan ibu tunggal dengan memberi latihan dan skil kemahiran dengan cara Penganjuran Program dan Bengkel Keusahawanan untuk menaikkan taraf pendapatan golongan ibu tunggal seperti :-

1)     Program Kraf Kreatif dan Aksesori
2)     Program Pembuatan Mee dan Pastri
3)     Program Jahitan dan Sulaman
4)     Program Spa Bergerak dan Urutan Saraf


TUJUAN/OBJEKTIF

Selain dari matlamat-matlamat yang telah disebutkan di antara lain tujuan utama Pertubuhan ini ditubuhkan adalah :

1.         Membela nasib wanita Islam yang bergelar ibu tunggal ( kematian suami / bercerai / tidak diberi nafkah oleh suami )

2.         Membantu anak-anak ahli yang berkelayakan dan berkemahiran dari segi moral dan khidmat kaunseling bagi memajukan diri dalam pelajaran seperti kelas-kelas tambahan

3.         Menyumbangkan bantuan kewangan kepada anak-anak ibu tunggal untuk perbelanjaan ke sekolah,

4.         Memberi pengetahuan agama kepada ahli-ahli melalui kelas-kelas dan ceramah-ceramah agama,

5.         Menerbitkan buletin / risalah sebagai bahan bacaan dan rujukan khusus kepada masyarakat tentang ibu tunggal.


PROFAIL PERTUBUHAN

1.    NAMA PERTUBUHAN

       PERTUBUHAN KEBAJIKAN IBU TUNGGAL ISLAM  MALAYSIA

2.    NOMBOR PENDAFTARAN

       PPM-005-14-06102008

3.    TARIKH PENUBUHAN

       06hb Oktober, 2008.

4.    ALAMAT

       Lot TD 74, Aras 2, Kompleks Pasar Moden, Jalan Gombak, 53100   Kuala Lumpur.

5.    NO. TEL

       +603-4023 0234/5

6.    NO. FAKS

       +603-40230236

7.    BANK / CAWANGAN

        Malayan Banking Berhad / Taman Melawati, Kuala Lumpur

8.    NO. AKAUN BANK

       562209613632

9.    PENASIHAT

       YBhg. Prof. Adjung Dato Dr. Haji Mohd. Fadzillah  Kamsah 

10. JENIS PERSATUAN

         Kebajikan.

11. STATUS PENGECUALIAN

           Tiada.
  




SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA 2015 / 2016

Penasihat              :  YBHG. PROF. ADJUNG DATO’ DR. HJ. MOHD. FADZILAH KAMSAH

Presiden                      :           Puan Fatimah binti Mohd. Aris

Timbalan Presiden      :           Puan Sabariah binti Jalil.

Setiausaha                  :           Puan Mahfuzah binti Bahsan.

Penolong Setiausaha  :           Puan Nuriah binti Abdullah

Bendahari                   :                              -

Penolong Bendahari   :           Puan Rosiah binti Othman

Ahli Jawatankuasa     :           1. Puan Zaharah binti Mohd. Sidek.
                                             2. Puan Zahrah binti Mohamed Aziddin
                                             3. Puan Asmah Laili binti Ab. Rahman
  4. Puan Rusaini binti Mohd. Shah

Audit Dalaman                      1. Puan Rubi binti Osman
                                             2. Puan Nor Azian binti Mokhtara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan